#idearaya

Sabtu, 12 September @ Panggung Bengkel


02:00 – 03:30 petang

Ada Apa Dengan Akhbar


Kata John Pilger, “wartawan sebenar sentiasa berada dengan rakyat.” Dalam konteks Malaysia, apakah wartawan di Malaysia peduli tentang nasib pekerja asing yang dibuang kerja jika tidakpun tentang perjuangan warga Orang Asal memprotes pembinaan empangan dengan menutup satu-satunya jalan ke Baram yang sudah hampir masuk tahun kedua? Apakah maksud sebenar-benar kebebasan media? Adakah kita cukup ramai wartawan untuk menulis tentang semua perkara? Ha! Inilah masanya, kita semua adalah wartawan! Ayuh bersama-sama angkat pen dan mula menulis serta menyelenggara akhbar anda sendiri!

Bengkel ini diselenggara oleh wartawan, Arif Atan. Pernah menjadi wartawan di akhbar Harakah serta aktif terlibat langsung dengan kelompok Karyawan PAKSI. Banyak terlibat melaporkan tentang pengusiran masyarakat peneroka bandar di Kampung Chubadak serta isu miskin kota. Terbuka & Percuma!

Hubungi Benz Ali untuk maklumat lanjut!

03:45 – 05:15 petang

Alam Kanak-Kanak


Apa yang boleh kita belajar dari Shin Chan yang suka bertanyakan soalan? Apakah sebenarnya anak-anak kecil kita sebenarnya adalah ahli falsafah? Adakah kita memerlukan lebih ramai ahli falsafah dalam dunia ini? Adakah dunia akan jadi lebih baik dengan soalan-soalan ‘falsafah’ anak-anak kita ini?

Rileks! Sertai kami dalam bengkel falsafah kanak-kanak bersama Cik Nur Farhana Abd Wahid, Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial, Unisel bersama-sama kita bercerita dan bereksperimen serta melihat dunia dari kacamata anak kita semua!

Terbuka dan Percuma untuk anak-anak kecil berumur 4 – 7 tahun. Daftar sekarang!

05:15 – 07:00 petang

Bikin Didgeridoo


Bibir anda seksi? Tangan anda sado? Mari bertukang bersama-sama membikin alat musik Aborijinal Australia bersama teman-teman Jejabus Kangen yang akan berkongsi tips dan panduan bermain Didgeridoo secara profesional, gitu!

Terbuka & Percuma! Hubungi Saudara Ammar dari Jejabus Kangen untuk maklumat lanjut! 

Ahad, 13 September @ Panggung Bengkel


02:00 – 03:15 petang

Sabun Bikin Sendiri!


Tahukah anda boleh membasuh pinggan dengan sampah organik anda? Haaaa, inilah masanya kita mempelajari teknik “ajaib” lagi “menakjubkan” dari teman-teman Kebun Kaki Bukit  dalam mengurangkan jumlah sampah di Malaysia. Ikuti bengkel membikin sabun basuh pinggan, lantai dan tandas dengan menggunakan campuran bahan-bahan dalam dapur anda sendiri!

Terbuka & Percuma! Hubungi teman-teman Kebun Kaki Bukit untuk maklumat lanjut!

03:45 – 05:15 petang

Apresiasi Sajak “Suara Di-Pinggir”


Kata Paolo Freire, “untuk mengungkap kata, adalah untuk membaca dunia”. Apakah bait-bait sajak yang akan diungkap oleh warga masyarakat terpinggir dalam melihat dunia kita bersama? Ayuh bersama-sama kita memperdengarkan desah suara mereka yang membina masyarakat kita sambil meraikan cinta terhadap sastera dan sajak! Acara ini turut akan menampilkan bacaan dari karya yang terpilih.

Terbuka & Percuma! Hubungi Saudara Arian Ploso untuk maklumat lanjut!

05:15 – 07:00 petang

Tepuk-Tepuk Cajun!


Sebut biar terang, cahunnn, bukan cajunnn! Ha, mari belajar bagaimana mahu menepuk Cajun dengan betul sambil bercerita tentang sejarah dan tips bermain Cajun bersama teman-teman Jejabus Kangen. Depa tapak tangan, Cajun kami tadahkan! Sama-sama kita berpesta bunyi di Idearaya!

Terbuka & Percuma! Hubungi Saudara Ammar dari Jejabus Kangen untuk maklumat lanjut!