#idearaya

Bengkel Kewartawanan “Ada Apa Dengan Akhbar?”

Sabtu, 12 September | 02:00 – 03:30 petang @ Panggung Bengkel


Kata John Pilger, “wartawan sebenar sentiasa berada dengan rakyat.” Dalam konteks Malaysia, apakah wartawan di Malaysia peduli tentang nasib pekerja asing yang dibuang kerja jika tidakpun tentang perjuangan warga Orang Asal memprotes pembinaan empangan dengan menutup satu-satunya jalan ke Baram yang sudah hampir masuk tahun kedua? Apakah maksud sebenar-benar kebebasan media? Adakah kita cukup ramai wartawan twodigits game untuk menulis tentang semua perkara? Ha! Inilah masanya, kita semua adalah wartawan! Ayuh bersama-sama angkat pen dan mula menulis serta menyelenggara akhbar anda sendiri!

Bengkel ini diselenggara oleh wartawan, Arif Atan. Pernah menjadi wartawan di akhbar Harakah serta aktif terlibat langsung dengan kelompok Karyawan PAKSI. Banyak terlibat melaporkan tentang pengusiran masyarakat peneroka bandar di Kampung Chubadak serta isu miskin kota.

Terbuka & Percuma! Hubungi Benz Ali untuk maklumat lanjut!