#idearaya

lokasi

Laman Budaya
Persiaran Tasek,
Seksyen 14, 40000 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
  • Phone: + (60) 03 5522 2743
  • Email: idearaya@outlook.com
  • Fax:

Festival Idearaya akan berlangsung pada 12 & 13 September 2015 di sebuah pusat kesenian yang dipanggil Laman Budaya. Untuk ke tempat yang berada di Taman Tasik Shah Alam yang permai lagi indah ini, kami amat menggalakkan penggunaan pengangkutan awam atau berbasikal. Untuk makluman anda, antara mercu tanda berdekatan dengan tempat acara ialah Kompleks PKNS.

Waze

Bagaimana mahu ke sana?

Stesen tren terdekat untuk lokasi ini ialah Stesen KTM Shah Alam. Jika anda menggunakan LRT, stesen ini boleh dicapai melalui KL Sentral (35 minit). Dari Stesen KTM Shah Alam, anda boleh menggunakan perkhidmatan teksi untuk ke Laman Budaya (RM8-10). Selain dari teksi, anda juga boleh menggunakan bas RapidKL T529 ke Kompleks PKNS (Laman Budaya hanya 5 minit berjalan kaki dari sini).

Cara paling mudah untuk ke Laman Budaya ialah dengan mengambil bas ke Kompleks PKNS Shah Alam (hanya 5 minit berjalan kaki dari sini!). Berikut ialah beberapa aliran bas yang boleh anda gunakan:

  • KL Sentral: RapidKL U80
  • Stesen bas Seksyen 13 Shah Alam (berdekatan Kolej PTPL dan MSU): RapidKL 605
  • UiTM Seksyen 17: RapidKL T529
  • UiTM Puncak Perdana: RapidKL 605
  • UiTM Puncak Alam: RapidKL U90
  • UniSEL: RapidKL 603 dan bas-bas lain yang menuju Kompleks PKNS
  • Stesen LRT Universiti: RapidKL U80
  • Pasar Seni (Platform E di Hab Bas): RapidKL U80

Untuk merancang perjalanan anda sila lawati MYrapid Journey Planner

Laman Budaya dihubungkan kepada lorong basikal yang pertama di Shah Alam sepanjang 4.5km. Walaubagaimanapun ianya hanya merangkumi kerjiranan di tengah kota Seksyen 2, 4, 5, 10 dan 14.  Untuk penggunaan basikal di luar lorong basikal, jalan-jalan utama di Shah Alam amat mudah untuk dikemudi akan tetapi kami sarankan untuk mengambil langkah keselamatan yang secukupnya.

Untuk makluman para pengunjung, kawasan letak kereta di tengah kota Shah Alam amat terhad dan akan dikenakan bayaran per jam. Walaubagaimanapun untuk keselamatan anda, sila letakkan kereta di tempat yang selayaknya.

  • Kompleks PKNS (berbayar, 5 min berjalan kaki)
  • SACC Mall (berbayar, 8 minit berjalan kaki)
  • Plaza Alam Sentral (berbayar, 5 minit berjalan kaki)
  • Kawasan-kawasan parkir Taman Tasik Shah Alam (percuma, antara 5-20 minit berjalan)


Your Name (required)

Your Email (required)

Subject

Your Message

google maps