#idearaya

Dia;Spora

Sabtu & Ahad 12-13 September, sepanjang hari @ Gajah Menyusu


Renungan tentang perantauan (oleh Tan Zi Hao, Engku Iman & Khairani Zaquan)

Dia;Spora – Kata akarnya ‘diaspora’, yang berasal dari perkataan Greek kuno dipecahkan menjadi dua kata; “dia” dan “spora” yang merujuk kepada perkataan “dia” sebagai sebuah konstruk sosial dan identiti serta “spora” yang merujuk kepada pergerakan manusia sebagai perantau; warga migran Indonesia, pelarian Rohingya yang terkutuk, mangsa konflik Selatan Thailand, orang Penan yang dirampas tanahnya hinggalah kepada warga Thailand yang diperdagangkan.

Pada apakah seseorang “dia” yang juga seringkali diertikan sebagai “yang lain-lain”, melihat dirinya sendiri dan melihat orang lain sekaligus menciptakan sensasi dari kacamata individual mahupun kolektif dalam pengalamannya merantau dalam sistem yang penuh ketidakdilan ini?

Bersama dengan kita, tiga orang artis dalam membedah persoalan Dia;Spora ini!


artis1

Tan Zi Hao

Tan Zi Hao seorang artis konseptual, penulis dan pereka grafik. Sebagai artis, beliau berkecimpung terutamanya dalam seni intalasi dan persembahan. Karya dan penulisan beliau merentasi pelbagai disiplin ilmu, tentang Raja Bersiong sehinggalah budaya protes pasif di Malaysia.

Kebanyakan penulisannya turut berkisar sekitar wacana politik budaya, bahasa dan kenegaraan dalam konteks pascakolonial. Ketika ini, beliau sedang mengikuti kursus PhD dalam Kajian Asia Tenggara di Universiti Kebangsaan Singapura dengan biasiswa universiti. Untuk melihat karya beliau, kunjungi www.tanzihao.net.


 

artis2

Engku Iman

Lepasan jurusan Senibina dari Taylor’s College University, Engku Iman memilih untuk tidak membangun bangunan, sebaliknya memilih untuk membangun imaginasi dengan karya-karya seni bernuansa pop dan eksperimental; dari Rani Kulup hinggalah kepada persoalan politik sekitarnya.

Bermula dengan pameran bertempat di  Galeri Rumah Terang, Publika berjudul SATUXSATU tahun 2012, artis kelahiran tahun 1990 ini terus aktif mempamer hasil karya di beberapa galeri serta pameran sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang secara solo mahupun berkumpulan. Karya beliau boleh diakses di senidoa.tumblr.com.


artis3

Khairani Ahmad Zaquan.

Berkelulusan ijazah seni halus dengan pengkhususan Arca dari Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Khairani kini seorang artis sepenuh masa berkarya serta turut aktif bersama ARTO Movement, sebuah kelompok apresiasi seni serta pendidikan bersama teman-teman lain. Dalam karya seninya, beliau banyak menggelecek soal kritikan politik dan identiti dari sudut pandang pertama.

Beliau juga merupakan editor Projek Zine Seni yang menghimpunkan tulisan serta karya angkatan seni baharu Malaysia serta aktif membuat pameran sejak di universiti lagi. Khairani juga terlibat luas dengan kerja-kerja seni dalam masyarakat melalui beberapa siri projek berkumpulan di Lembah Klang. Karya-karyanya turut berada di Instagram @tembikhai

Leave A Comment

Your email address will not be published.