#idearaya

Fotografi: Seth Akmal

Sabtu & Ahad 12-13 September, sepanjang hari @ Panggung Bengkel


Seth Akmal, seorang jurugambar dan wartawan untuk portal berita The Malaysian Insider. Pemerhati aktif isu politik dan kemanusiaan justeru mendedahkan beliau dengan landskap masyarakat marjinal yang terpinggir dari tangga-tangga perbincangan arus perdana.

Hasil karyanya yang berjudul “Spora” merupakan lanjutan dari tema utama Festival Idearaya. Seth Akmal memilih foto esei dan imejan tunggal sebagai bentuk pamerannya yang merakamkan sisi kota yang dibutakan; warga Orang Kurang Upaya, miskin kota dan imigran.

Karya-karyanya turut boleh diakses melalui sethakmal.wordpress.com.

Leave A Comment

Your email address will not be published.