#idearaya

ASEAN DALAM FILEM

Sabtu, 12 September


12:15 tengah hari


Ying & Summer

Gladys Ng, Singapura, 11 Minit

Ying & Summer memaparkan pengalaman seorang immigran berbangsa Cina dari kacamata gadis bernama Ying. Ying, gadis pemalu baru pindah ke Melbourne. Semuanya kelihatan sempurna, namun seperti gadis lain Ying perlukan seseorang untuk melengkapinya. Adakah gadis sebelah rumah – Summer mampu memberikan apa yang diiingini oleh Ying?

Profil Sutradara

02:00 petang


Side Glance of Dragon

Wera Aung, Myanmar, 16 minit

Tanah yang didiami oleh Sein Pe sekeluarga akan dibangunkan. Beliau tiada pilihan lain selain merayu kepada cukong , supaya boleh menumpang. Namun ketika ingin memindahkan keluarganya, hal tak diduga berlaku. Filem ini memaparkan isu tanah, kapitalis dan hak asasi seseorang rakyat bernegara.

Profil Sutradara

03:30 petang


Glass Man (Dokumentari)

Wera Aung, Myanmar, 20 minit

Terdapat lebih 200 ribu OKU di Myanmar. Sebagai manusia, mereka bukan saja perlukan pendidikan, malah pendidikan khusus untuk OKU. Dan untuk jumlah tersebut, cuma 2 sekolah sahaja didirikan untuk mereka. Dokumentari ini akan menjejaki kehidupan anak muda yang menghidap Lobstein Syndrome – dan bagaimana usahanya untuk memperjuangkan OKU.

Profil Sutradara

05:00 petang


Bermula dari A

BW Purba Negara, Indonesia, 16 minit

Si gadis buta ingin mencari imamnya. Satu-satunya lelaki yang dekat dengannya, mempunyai masalah percakapan. Adakah mereka berdua mampu menjadi imam dan makmum ? Sebuah tentang bertema Islam dari kacamata pembikin bukan Islam.

Profil Sutradara

08:30 petang


Malam Gala Filem: Flower in the Pocket

Liew Seng Tat, Malaysia, 97 minit

Li Ahn dan Li Ohm membesar tanpa ibu. Satu-satunya ayahnya, Sui – ebih banyak menghabiskan masa di tempat kerja – membaiki patung peragaan yang rosak. Sui cuba untuk mengasingkan diri dari dunia – dan ini menyebabkan dua beradik ini banyak menghabiskan masa di jalanan – bergaduh, membuat kacau di sekolah semata-mata untuk menyatakan hasrat yang terpendam- ingin menyayangi dan disayangi.

Profil Sutradara

Ahad, 13 September


12:15 tengah hari


Kau Di Kanan Aku Senang

BW Purba Negara, Indonesia, 6 minit

Setiap kali berjumpa dengan teman lelakinya, si gadis meminta untuk dia duduk di bahagian kanannya. Dan setiap kali itu juga, si teman lelaki itu menolak. Sehinggalah suatu hari… – Sebuah filpen mudah dengan isu besar – cinta dan penerimaan.

Profil Sutradara

02:00 petang


Boonrerm

Sorayos Prapapan, Thailand, 16 minit

Berkerj Boonrerm merupakan orang gaji. Setiap hari dia menerima arahan yang aneh dari majikannya – termasuk baring di sangkar anjing.

Profil Sutradara

03:30 petang


Where I Go (Dokumentari)

Kavich Neang, Cambodia, 55 minit

Ketika rejim Khmer Rouge tumbang, 2 hal terjadi. Pertama, Pilihanraya Cambodia pertama. Kedua, seorang lelaki Cameroon mengahwini gadis Cambodia. Perkahwinan ini menghasilkan seorang anak bernama San Pattica, yang kemudiannya ditinggalkan ibu-bapa mereka. Dibesarkan oleh neneknya setiap hari San Pattica dibuli –kerana identitinya. Adakah dia bangsa Cambodia ataupun bangsa asing? Ke mana harusnya Pattica pergi?

Profil Sutradara

05:00 petang


Langad di Odu

Bebbra Mailin, Malaysia, 12 minit

Ada pihak menyatakan Sinema Malaysia seharusnya berbahasa Melayu, kerana ia adalah bahasa rasmi kita. Bagaimana pula jika bahasa Dusun ? Filem berbahasa Dusun ini berkisarkan tentang seorang nenek di pedalaman Borneo merindui anaknya- yang telah pergi jauh setelah berkahwin. Dengan sekeping foto, dan surat yang dirakam dengan pita kaset, si nenek sudah bersedia untuk memaafkan anaknya, namun adakah anaknya mendengar?

Profil Sutradara

FILEM-FILEM PENDEK LAIN

diputarkan selain masa slot


Ulul Albab, Indonesia, 14 minit

Seorang pemain muzik jalanan kanak-kanak seringkali diganggu dan dibuli oleh sekumpulan samseng remaja di jalan yang dilaluinya setiap hari.

Kuntz Agus, Indonesia, 23 minit

Pada Oktober 1983, seorang tetamu yang tidak dikenali mencari suami Marni yang bertatu. Ketika itu, mereka yang bertatu dikaitkan dengan penjenayah dan pengganggu keamanan.

Han Yew Kwang, Singapura, 31 minit

Bagaiman hidup dari kacamata seorang pendatang? Filem ini memaparkan isah kehidupan harian golongan pekerja pendatang dari selatan India di Singapura. Mereka melalui kehidupan yang sukar dan sunyi.

Tan Pin Pin, Singapura, 22 minit

Dokumentari yang memaparkan isu 55,000 keluarga di Singapura yang terpaksa memindahkan pusara ahli keluarga mereka bagi tujuan pembangunan.

Darti & Yasin, Indonesia, 24 minit

Kerinduan terhadap ayahnya yang bekerja di Malaysia menyebabkan Gati belajar dengan tekun sehingga mendapat gred yang cemerlang dalam ujian. Gati cuba menghasilkan bingkai sendiri bagi membingkaikan kertas ujiannya itu. Tetapi kertas ujiannya itu tiba-tiba hilang …

Sun Koh, Singapura, 16 minit

Kisah seorang kanak-kanak perempuan yang seringkali dimarahi dan diberi tekanan hebat oleh ibunya yang inginkannya berjaya dalam pelajaran dan bidang lain. Kritikan sosial yang kuat terhadap masalah ibu-bapa di Singapura yang mempunyai sifat ‘bersaing’ yang tinggi sehingga menyebabkan anak-anak membunuh diri.

Syahrul Fitri, Malaysia, 18 minit

Kisah Mamat yang mengambil upah menjaga kambing selepas waktu persekolahan bagi membantu kedua ibu-bapanya. Bapanya lumpuh akibat kemalangan jalan raya manakala ibunya mengambil upah mencuci baju. Mamat sering membawa kambing-kambing itu memasuki kawasan perkuburan Cina. Kerana terlalu lapar, satu hari Mamat mengambil sebiji epal dari kawasan tempat bersembahyang kaum Cina-Buddha.