#idearaya

Profil Sutradara


Gladys Ng

Gladys Ng

Gladys Ng merupakan pembikin filem dari Singapura. Beliau menerima Diploma in Film, Sound And Video dari Ngee Ann Polytechnic, Singapura sebelum menerima Bachelors of Fine Art dari Victoria College of Arts, Australia. Filem tesisnya, ‘Ying And Summer’ telah ditayangkan di 9th Singapore Short Cuts dan dicalonkan untuk beberapa kategori di Singapore Shortfilm Festival. Beliau kini berkhidmat sebagai penulis bebas dan berkerja untuk beberapa projek filem bebas.


Wera Aung

Wera Aung

Wera Aung pada asalnya merupakan mahasiswa ekonomi. Namun minatnya mendalam pada bidang filem semenjak kecil, membuatkan beliau menghadiri beberapa kursus berkaitan – seperti pembikinan filem, lakonan, penyuntingan dan nyanyian. Walaupun telah dipenjara kerana membikin filem beberapa tahun lalu, namanya kini mekar sebagai pembikin filem di Myanmar. Filemnya yang akan ditayangkan ‘Slide Glance of Dragon’ dan ‘Glass Man’ telah memenangi anugerah utama di pelbagai festival filem antarabangsa. Walaupun sibuk dengan perlbagai projek dokumentari dan filem cereka, namun Wera Aung tidak pernah lupa memperjuangkan nasib rakyatnya di Myanmar-dengan menggunakan filem.

 


Kavich Neang

Kavich Neang

Kavich Neang merupakan graduan Lim Kok Wing University, Phnom Penh dalam jurusan Professional Design. Pada 2010, beliau terpilih untuk menghasilkan dokumentari bertajuk ‘A Scale Boy’ dengan bimbingan pengarah tersohor Cambodia, Rithy Panh. Beliau yang merupakan ahli Kon Khmer Kon Khmer (Cambodian Film, Cambodian Generations), sebuah kelab filem anak muda. Dokumentarinya ‘Where I Go’ telah mendapat perhatian beberapa festival filem antarabangsa-kerana mengupas tentang makna identiti dan jatidiri rakyat Kemboja atau Cambodia.


Yossy

Sorayos Prapapan

Sorayos Prapapan atau mesra dengan nama Yossy merupakan sebahagian daripada Pembikin Filem Bebas Thailand.  Beliau yang menerima  pendidikan di Department of Film and Photography Thammasat University Thailand pada 2009, memulakan kariernya sebagai Pembantu Produksi untuk filem ‘Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives – filem pengarah tersohor Apitchapong Weerasathukul yang telah menerima anugerah utama di Festival Filem Cannes 2010. Sekarang Yossy bekerja sebagai  juruaudio, foley artist dan pereka bunyi untuk beberapa filem bebas Thailand dan Malaysia. Antara karyanya adalah ‘Noumena Scen’e,’Boonrerm’ dan ‘Long Live the Kim’. Filem-filemnya mempunyai unsur kritikan yang kuat terhadap masyarakatnya (atau rajanya?)


BW Purba

BW Purba Negara

BW Purba Negara atau senang dipanggil Purba merupakan pembikin filem dari Jogjakarta. Graduan  Faculty of Philosophy, Universiti Gadjah Mada ini kemudiannya sama-sama dengan beberapa sahabat lain mengasaskan Limaenam Films, sebuah produksi yang menghasilkan filem alternatif dan juga aktiviti berkaitan dengan filem. Filem-filemnya telah ditayangkan di beberapa festival, antaranya Berlin International Film Festival, Busan International Film Festival, Clermont-Ferrand International Short Film Festival, dan Hongkong International Film Festival. Filemnya ‘Bermula Dari A’ telah memenangi anugerah Filem Pendek Terbaik di Festival Filem Indonesia 2011, Best Short Film – Vladivostok International Film Festival di Rusia, Best Short Film – Hanoi International Film Festival di Vietnam.


bebra

Bebbra Mailin

Bebbra Mailin berasal dari Kota Kinabalu, Sabah. Graduan Ijazah Sarjana Muda Skrin , UiTM  dan Sarjana Komunikasi  USM ini telah terlibat dengan pelbagai produksi filem pendek, filem dan juga televisyen semenjak 2008. Filem eksperimental pertamanya, Eye Love telah memenagi filem terbaik di Kota Kinabalu International Film Festival 2011. Pada tahun 2012, filem keduanya. ‘Langad di Odu’ memenangi Filem Pendek Terbaik di Borneo Eco Film Festival 2012. Beliau kini memberikan khidmat sebagai pensyarah Program Skrin di Fakulti Filem, Teater dan Animasi, dan akan menerbitkan filem cerekanya yang pertama, tak lama lagi.


Liew Seng Tat

Liew Seng Tat

Liew Seng Tat merupakan pembikin filem yang mula meningkat naik di Malaysia. Graduan Animasi 3D dari Multimedia Universiti, memulakan kariernya dengan filem pertamanya – ‘Flower In The Pocket’ pada 2007. Dengan filem pertamanya ini, beliau telah menerima anugerah antarabangsa seperti New Current Award & Audience Award, Pusan Film Festival 2007, VPRO Tiger Award, Film Festival Rotterdam 2008. dan beberapa anugerah lain lagi. LiewSeng Tat tak berhenti di situ, filem terbarunya ‘Lelaki Harapan Dunia’ telah ditayangkan di panggung Malaysia pada 2014, dan kini sedang keliling dunia. Seperti personalitinya, filem-filem Liew Seng Tat bukan sahaja lucu, namun penuh dengan kritik sosial terhadap kita semua.


 

Leave A Comment

Your email address will not be published.