#idearaya

tentang kami

Festival Idearaya ini ialah satu kerjasama di antara kolektif-kolektif di sekitar Lembah Klang. Setiap kelompok tersebut telah pun bertapak menggiatkan aktiviti-aktiviti kebudayaan serta kerja sosial sebelum bergerak dalam usahasama ini. Idearaya berfungsi bukan sekadar untuk saling berkongsi dan menghulurkan kekuatan masing-masing tetapi juga untuk mengutuhkan sebuah rangkaian aktivisme dan persaudaraan di antara pelbagai usaha perubahan sosial di negara ini.

 

bukujalanan

Buku Jalanan

Sebuah gerakan autonomi dengan hampir 50 buah pustaka jalanan serata dunia dalam membudayakan wacana di ruang awam berprinsipkan B.A.C.A (Books. Arts. Culture. Activism ) sebagai paksi gerakan kebudayaan.

Frinjan

Kolektif “longgar” independen yang interdependen antara lain-lain kolektif dalam usaha pemberdayaan sosio ekonomi bersama masyarakat kebanyakan melalui kaca mata seni dan budaya Nusantara.

utam

Universiti Terbuka Anak Muda

Hab pendidikan atas talian dengan advokasi wacana kritis silang disiplin melibatkan ratusan mahasiswa mahasiswi serta ahli akademik dalam dan luar negara.

tsm

The Sponsorship Movement

Sebuah inisiatif profesional yang inklusif dalam menjayakan pendanaan dan penajaan kreatif melalui bengkel, konsultansi dan pengurusan acara.

kuliah buku

Kuliah Buku

Kelompok diskusi akar umbi yang progresif dihadiri warga silang disiplin dalam membedah serta menerbitkan idea dan praksis ilmu pengetahuan yang dilakukan secara mingguan.

Pusat Kajian Dan Apresiasi Filem

Pusat Kajian Dan Apresiasi Filem

Sebuah organisasi penyelidikan serta pembangunan filem dan sinematografi melibatkan ahli akademik, pengkritik serta pembikin filem sekitar Asia Tenggara.

Kelab Filem Bangsar

Kelab Filem Bangsar

Grup digerakkan segerombolan aktivis dalam menjayakan gig dan diskusi filem serta kelas pembuatan filem secara DIY berpusat di Kelab Bangsar Utama.


Dengan sokongan
logo_MBSA
LOGO-JATA-SELANGOR
ProjekDialog-logo-beta-noBG-sm

buku-fixi


Rakan media

DAILY SENI FINAL-01
logo